Terms and Condition

TERMA & SYARAT

Definisi All4myluxury


Kami menyediakan perkhidmatan bayaran kali @ installment 3xpay untuk barangan yang berharga dari harga rm300 hingga 2k. kami memberi peluang kepada anda untuk memiliki barangan idaman anda dengan kualiti barangan yang setanding dengan harganya.

Barangan-barangan kami merupakan barangan tinggi kualiti dan di bekalkan terus dari luar negara antaranya US UK China Japan Pakistan India Pakistan Italy.

Setiap barangan yang di post di facebook dan blog kami, telah di sertakan dengan maklumat yang lengkap dan terperinci dari segi saiz warna corak dan harga.Pastikan anda membaca dan meneliti setiap maklumat barangan supaya tidak berlaku kesulitan dipihak anda dan jugak kami. Produk jualan kami adalah sama seperti yang terdapat didalam gambar atau mungkin akan mengalami sedikit perbezaan dari segi warna bergantung pada kualiti cahaya pada skrin komputer anda.

Kami beroperasi 24 jam dan anda boleh melayari dan melihat produk-produk kami di kedai online facebook kami dengan hanya menekan butang like di All4myluxury dan blog rasmi kami di http://all4myluxury.blogspot.com dan email untuk sebarang pertanyaan di all4myluxury01@gmail.com

Kaedah Pembelian & Pembayaran

Sila catitkan kod item bagi items yang ingin di beli. Anda perlu mengisi kod item yang betul di ruangan kod item pada order form untuk memudahkan kami memeriksa item yang hendak di beli.

Mohon kerjasama untuk maklumkan pada kami item yang ingin dibeli sebelum membuat sebarang pembayaran. kami akan check stok produk supaya tidak berlaku sebarang kesulitan.

Setelah anda menerima feedback dari kami tentang produk anda. Proses pembayaran boleh di buat.

Bagi pembelian secara cash@penuh anda perlu lengkapkan borang 'order form' di blog kami

http://all4myluxury.blogspot.com/p/order-form.html

Bagi pembelian secara bayaran kali anda perlu lengkapkan borang 'installment order' bagi setiap kali pembayaran dibuat. Anda akan dimasukkan dalam senarai 'green star group' dan kami akan update invoice bayaran bagi setiap pembayaran sehingga anda telah habis membuat pembayaran.

http://all4myluxury.blogspot.com/p/installment.html

Kaedah pembayaran 40% untuk bayaran deposit, 30% bayaran kedua, 30% untuk bayaran akhir bagi tempoh 3 bulan sahaja.

Setelah pesanan dan deposit telah dibuat, kami akan terus reserve barang untuk anda dan bukti barangan anda telah di reserve akan diemailkan ke alamat email anda.

Kami tidak menerima sebarang pembatalan setelah deposit dibuat. harap maklum

kerjasama dari pihak anda amat kami hargai untuk alert dengan bayaran anda. pastikan anda tidak membuat bayaran melebihi 3 bulan dari tarikh deposit anda. jika ini berlaku, pesanan anda akan terbatal dan bayaran yang telah dibuat tidak akan di refund semula.

Proses Penghantaran



Setiap barangan  akan di nilai kos penghantaran dan kami akan maklumkan pada anda setelah anda telah bersetuju untuk membuat pembelian


Setelah anda menerima Produk anda. kami hanya menerima aduan dan kerosakkan pada barangan hanya untuk 3 hari selepas dari tarikh penghantaran dibuat, selepas dari itu, kami tidak akan menerima dan tidak akan bertanggung jawab atas sebarang aduan.

Kesulitan dan Bayaran balik

Sekiranya berlaku kesulitan dari pihak kami terhadap produk tempahan yang telah di tempah dengan bayaran deposit. kami akan bertanggungjawab atas wang deposit anda. kami akan kembalikan wang anda secara direct transfer ke akaun anda tanpa sebarang charge.

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk membaca dan memahami terma dan syarat dari pihak kami. Selamat Membeli Belah!!..

No comments:

Post a Comment